Home » » Kenapa Maruah Wanita Semakin Hilang

Kenapa Maruah Wanita Semakin Hilang

\
Maruah diri wanita

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah sosial maruah diri wanita ini. Apatah lagi, ramai wanita yang semakin hilang maruah diri semata-mata untuk mencapai kejayaan dan kepuasan dengan jalan mudah tanpa mengambil kira kesan yang bakal berlaku di kemudian hari kelak.

Faktor maruah diri wanita hilang ?
1) Tiadanya iman dalam hati seseorang. Hati ini adalah umpama sebuah bekas seandainya bekas tersebut tidak diisi dengan iman maka anasir lain akan memenuhi hati. hanya keimanan dapat membimbing manusia itu ke jalan kebaikan.Semakin tercalar maruah diri wanita jika tiada keimanan dalam diri mereka.

2) Ramai manusia pada hari ini yang sudah hilang perasaan malu kerana itu mereka sanggup berpakaian seksi untuk menampakkan susuh tubuh mereka. Maruah diri wanita semakin tercalar disebabkan hal ini.

3) Kekurangan kasih sayang dan didikan daripada keluarga boleh menyebabkan seseorang itu sanggup menyerahkan harga dirinya kepada seseorang yang dia rasa mampu memberi kasih sayang kepadanya. Ini juga boleh membuatkan seseorang lupa akan pentingnya maruah diri wanita.

4) Kamasukan rakyat asing yang terlalu banyak di negara ini juga menjadi punca manita hari ini semakin hilang maruahnya. Kebanjiran rakyat asing ini secara tidak langsung juga telah membawa masuk norma hidup di negara mereka ke negara ini.

5) Naluri manusia itu sendiri yang mahukan sesuatu melalui cara yang sangat mudah. Dengan menjual maruah, mereka akan mendapatkan apa sahaja yang mereka hajati dengan cara yang paling mudah dan tidak perlu bersusah-payah untuk mendapatkannya.

6) Keterlibatan para pelajar perempuan dalam mendagangkan maruah mereka mungkin berpunca daripada kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Untuk menampung perbelanjaan harian mereka terpaksa menjual maruah demi kehidupan mereka.

Di zaman sekarang, terlalu ramai wanita zaman sekarang yang tidak menghargai maruah diri wanita.

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment