KOTA BHARU – Tindakan pantas pekerja sebuah stesen minyak di sini, berjaya mengelakkan kerugian lebih besar dalam kebakaran di bengkel di Jalan Sultan Ibrahim di sini, petang semalam.
Satu kereta mewah, BMW yang sedang dibaiki tiba-tiba terbakar sebelum pekerja stesen minyak berhampiran berjaya memadamkan api sekali gus menyelamatkan beberapa kereta lain yang ditempatkan di bengkel tersebut.
Najman Ismail, 48, berkata, ketika kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.30 petang, dia bersama beberapa pekerja lain berada dalam kedai stesen minyak.
Menurutnya, dia mengesyaki sesuatu apabila pelanggan membunyikan hon kereta secara berterusan.
“Pekerja wanita di kaunter bergegas keluar untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkejut melihat asal tebal dari arah bengkel kereta.
“Saya membawa keluar beberapa alat pemadam api dan memberanikan diri memadamkan api bersama beberapa orang yang berada di kawasan itu,” katanya.
Najman tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya api tidak dipadamkan dalam masa singkat kerana bengkel tersebut terletak berhampiran tangki minyak.
Sinar Harian difahamkan, dua pekerja bengkel yang berada dalam kereta itu ketika kejadian berjaya menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, pengurus bengkel itu enggan mengulas kerana masih terkejut dengan kejadian itu.
Menurutnya, dia amat bimbang kerana terdapat dua lagi stesen minyak berhampiran yang mungkin menyebabkan kecelakaan dahsyat sekiranya kebakaran besar berlaku.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd Zainuddin Senawi ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu kira-kira jam 1.53 petang.
Katanya, ketika tiga jentera bomba dengan kekuatan 16 anggota tiba di tempat kejadian, api sudah dipadamkan orang awam.
“Kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan sebanyak RM200,000, punca kebakaran masih dalam siasatan dan ianya tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa,” katanya.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment