Home » , » Bentuk Pasir Apabila Di Zoom 250 Kali Saiz Sebenar

Bentuk Pasir Apabila Di Zoom 250 Kali Saiz Sebenar


Dilihat pada pembesaran sebanyak lebih 250 kali saiz sebenar, bijian kecil pasir ditunjukkan dengan struktur yang seni dan berwarna-warni unik seperti butiran salji.



Apabila dilihat juga di luar had penglihatan manusia, zarah kecil didedahkan seperti serpihan kristal, serpihan lingkaran kerang dan serbuk batu gunung berapi.

Profesor Gary Greenberg yang mempunyai PhD dalam penyelidikan bioperubatan dari University College London berkata, "Adalah menakjubkan untuk berfikir apabila anda berjalan di pantai, anda berdiri di atas khazanah-khazanah kecil ini.

Prof Greenberg, yang mencari beribu-ribu batu kecil dengan jarum akupunktur untuk mencari dan menyusun spesimen yang paling sempurna, kemudian menggunakan teknik cermat dan teliti untuk mewujudkan imej beliau.

Beliau telah menghabiskan masa selama lima tahun mencari butiran pasir yang luar biasa di seluruh dunia.

Beliau berkata, "fotografi 'Extreme close up' biasanya memberikan kedalaman bidang (depth of field) yang sangat cetek, jadi saya terpaksa membangunkan satu proses baru untuk membuat gambar-gambar yang saya mahu."

"Saya mengambil berpuluh-puluh gambar yang berlainan fokus kemudian menggabungkan mereka menggunakan perisian untuk menghasilkan imej saya."

"Walaupun gambar nampak macam mudah, setiap butiran pasir boleh mengambil beberapa jam untuk dirakam dengan cara yang saya suka."

"Pantai yang terdekat dengan makmal saya ialah Haiku, Hawaii, tetapi saya menunjukkan gambar pasir dari seluruh dunia iaitu dari Jepun hinggalah ke Ireland.'

Gambar-gambar Gary boleh didapati daripada laman websandgrains.com dan bukunya 'a grain of sand' boleh didapati di Amazon.


Gambar-gambar pasir halus yang dibesarkan 250 kali saiz asal


Gambar-gambar pasir halus yang dibesarkan 250 kali saiz asal


Pasir dari pantai Zushi, Jepun

Pasir dari pantai Diamond Head, Oahu, Hawaii


p/s: Indahnya ciptaan Allah swt


dailymail.co.uk , staplenews.com



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

1 komen:

  1. kalau belajar geology mmg akn bljar pasal bnda ni n batu2.
    ada special microscope utk view.

    ReplyDelete