Artis konseptual iaitu Cherry Tree telah 5 tahun menggunakan minyak wangi yang diproses dari air kencingnya sendiri.
"Saya lebih kepada kitar semula," kata Cherry. "Dan air kencing adalah sesuatu yang saya fikir perlu dikitar semula......."
"Ianya adalah pagi pertama setelah bulan purnama," katanya. "Dan saya memutuskan untuk mengumpul air kencing saya dalam botol parfum."
Pada mulanya, konsep Cherry hanya untuk mengumpul urin @ air kencing selepas setiap bulan purnama.
"Saya terpesona dengan bagaimana perubahan bau bergantung pada apa yang anda makan," katanya. "Contohnya, baunya benar-benar baik selepas anda makan banyak madu dan baunya teruk selepas makan ayam."
Cherry mendapat kepuasan hanya untuk mengumpul air kencing di dalam botol parfum - hingga ke suatu hari, dia memutuskan untuk membawanya ke langkah seterusnya.
"Saya mendapati bahawa setiap botol mempunyai aroma tersendiri, jadi saya fikir saya akan menambahkan sedikit gula untuk nya dan membuat 'eau de toilette' yang sebenar," dia ketawa.
Dia tidak bersedia lagi untuk menjual parfum beraroma air kencing nya. Dia menyedari mungkin ada orang yang mengatakan busuk pada hobinya itu, tapi bagi dirinya adalah biasa.
"Saya mempunyai hubungan akrab dengan urin," akuinya. "Saya telah melakukannya seumur hidup saya."
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment