Jeremiah Lee Wright (30) memenggal kepala Jori Lirette dan meletakkannya di tepi jalan, agar isterinya, Jesslyn, boleh melihatnya. Tanpa sengaja, seorang penunggang motorsikal melihat kepala itu dan melaporkannya kepada polis.
Detektif menemui potongan-potongan tubuh Jori di tempat sampah, tak jauh dari kepalanya. Jeremiah telah mengaku melakukan tindakan keji tersebut. Jori, adalah pesakit yang perlu menggunakan tube untuk makan dan duduk di kerusi roda.
Jeremiah dikatakan mengaku membunuh Jori kerana dia telah sampai pada titik akhir merawat penyakit lelah anaknya itu. Ketua polis tempatan, Scott Silverii mengatakan, Jeremiah sengaja meletakkan kepala itu agar Jesslyn melihat dan merasa bodoh.
Jeremiah membunuh anaknnya dekat singki dapur di rumah mereka. Tangan dan kaki Jori juga dipotong-potong dan dimasukkan ke dalam beg plastik.
Jeremiah ditahan dengan jaminan US $ 5 juta dan boleh dihukum mati jika terbukti bersalah melakukan pembunuhan. Ketika kejadian, Jesslyn tiada di rumah kerana ia membawa keretanya ke bengkel.
Polis masih mencari motif sebenarnya, meskipun keluarga terdekat menyatakan Jeremiah kerap mengeluh mendengar suara-suara di kepalanya. Mereka bahkan pernah meminta Jesslyn meninggalkan lelaki yang telah bersamanya selama 10 tahun itu.
okezone.com
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment