Home » » Ciuman Gadis Menyelamatkan Nyawa Lelaki Ini

Ciuman Gadis Menyelamatkan Nyawa Lelaki Ini



Seorang remaja perempuan menjadi terkenal dalam sekelip mata di China apabila dia berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki 16 tahun yang tidak dikenali cuba membunuh dirinya dengan tindakan berani...mencium bibirnya.

Liu Wenxiu, 19, sedang membeli-belah bersama rakannya di pusat membeli-belah di Shenzhen, Guangdong. Dia melihat begitu ramaiorang menonton seorang lelaki berdiri pada pagar jejambat yang tinggi sambil memegang pisau ke arah dadanya tetapi tiada siapa yang cuba untuk bercakap atau memjuknyanya. [Lihat video di bawah]




"Saya mahu membantu remaja itu tetapi polis tidak membenarkan saya atas faktor keselamatan. Jadi saya berbohong dan memberitahu pihak polis dia ialah teman lelaki saya yang mahu membunuh diri kerana saya.”

"Saya terus mendekati lelaki itu dan memberitahunya saya ingin bercakap dan berbual-bual bersamanya. Lelaki itu memberitahu saya dia amat sedih kerana masalah keluarga yang porak-peranda. Saya juga dari keluarga yang bermasalah. Maka saya amat mengerti dan memahami situasi yang dihadapinya."

Liu kemudian mengejutkan semua orang terutamanya orang muda dengan melangkah lebih rapat lalu memaut tengkuknya dan memberinya ciuman maut :)

Pada masa yang sama pasukan keselamatan segera bertindak ketika lelaki itu terlena seketika hasil ciuman cinta Liu. Pegawai penyelamat terus memegang dan menarik lelaki itu ke tempat selamat.

"Cerita remaja itu amat menyentuh perasaan saya. Saya merasakan seperti saya benar-benar adalah teman wanitanya dan saya boleh membantunya," kata Liu selepas itu.




Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment