Seorang wanita diperbolehkan untuk datang ke masjid, baik untuk menunaikan solat terawih, berdzikir mahupun mendengarkan ceramah, jika kehadirannya tidak menyebabkan terjadinya fitnah baginya atau bagi orang lain, hal itu sesuai dengan sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
لا تمنعوا إماء الله مساجد الله - رواه البخاري
Namun demikian, ada syarat-syarat yang harus dipenuhi yang di antaranya : Harus berhijab, tidak berhias, tidak memakai perfume, tidak mengeraskan ataupun mengangkat suara, dan tidak menampakkan perhiasan. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
إذا شهدت إحداآن المسجد فلا تمس طيبا'' - رواه مسلم والنسائي وأحمد عن زينب''
"Jika salah seorang daripada kamu ( para wanita ) ingin menghadiri solat di masjid maka jangan lah dia memakai wangi-wangian" - HR. Muslim, Nasaie dan Ahmad.Ramai wanita muslimah yang kita lihat di Malaysia sekarang semakin maju kehadapan dengan secara tidak sedar melebihkan hidup secara 'barat' berbanding hidup secara Islam. Memakai perhiasan dengan berlebih-lebihan, menggunakan make-up yang heavy sehinggakan ketika solat, golongan ini tidak mencuci muka dengan bersih kerana menyusahkan mereka untuk memakai kembali perhiasan berikut. Suci laa perhiasan di muka kamu dengan sebersihnya kerana membasuh muka sehingga bersih adalah rukun wudhu'!
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment