Home » , , » Pulak Dah : Polis Kita Makan Rasuah

Pulak Dah : Polis Kita Makan Rasuah



Memalukan!. Itu sahaja perkataan yang layak untuk pegawai polis trafik Malaysia yang meminta rasuah. Lebih memalukan ia dilakukan terhadap warga asing yang datang ke Malaysia, sekaligus mencerminkan tahap rasuah di negara Malaysia kepada mata warga luar.

Paparan daripada video yang dirakamkan oleh seorang pemandu Singapura yang sedang memandu menyeberangi Tambak Johor ini mendedahkan salah laku seorang pegawai polis Malaysia yang meminta 'Duit Kopi'.

Pemandu Singapura ini diarahkan ke tepi kerana memandu melebihi had laju 110km/jam. Pemandu Singapura yang tidak mahu di saman ini sanggup membayar 'duit kopi'. Di dalam rakaman video ini juga, anggota polis meminta RM 50 kerana 'duit kopi' yang ditawarkan oleh pemandu Singapura ini terlalu kecil.

Pihak Polis Diraja Malaysia mesti mengambil tindakan terhadap anggota polis yang melakukan rasuah dan sekaligus memalukan negara Malaysia di mata dunia.

Ikuti rentetan peristiwa menjijikkan itu di bawah :


Seorang anggota polis trafik menahan kenderaan yang dipandu warga Singapura ini kerana melebihi had laju yang ditetapkan iaitu 110km/jam. Warga Singapura ini memandu pada kelajuan 125km/jam.

Anggota polis trafik ini meminta lesen memandu daripada warga Singapura ini.


Perbincangan tawar menawar untuk membayar 'duit kopi'.


Akhirnya, pemandu warga Singapura akur membayar RM50 bagi mengelakkan di saman...


...dan akhirnya duit kopi RM50 itu bertukar tangan ke tangan anggota polis trafik tersebut.


Video peristiwa ini seperti di bawah :







Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

2 komen: