Stress, siapa yang tidak mengenal kata ini? Hampir setiap individu mengalaminya. Apalagi pada mereka yang sering sekali dikejar oleh batasan waktu. Keadaan stres seringkali membuat daya tahan tubuh menurun dan mengakibatkan mudah menjadi sakit, mulai dari flu hingga penyakit jantung.
Sebenarnya makanan yang boleh mengurangkan stres anda seperti oatmeal hangat boleh meningkatkan kadar serotonin di dalam tubuh sehingga mengeluarkan rasa tenang dan selesa.Makanan lain boleh mengurangkan kadar kortisol dan adrenalin, di mana mereka merupakan hormon stres yang ada di dalam badan sepanjang masa. Mari kita pelajari supaya anda boleh merasa lebih selesa dan mengurangkan tahap ketegangan anda.
1. Makanan mengandungi karbohidrat kompleks
Karbohidrat mendorong otak untuk membuat serotonin sehingga menimbulkan rasa selesa, sangatlah baik untuk memakan karbohidrat kompleks sehingga boleh dicerna dengan baik. Pilihan yang baik sebagai penghasil karbohidrat kompleks adalah bijirin, roti, pasta, dan juga oatmeal. Karbohidrat kompleks juga boleh membuat kadar gula darah menjadi stabil.
2. Makanan mengandungi karbohidrat sederhana
Makanan yang mengandungi karbohidrat sederhana termasuk gula-gula dan soda boleh mengurangkan stres untuk masa yang singkat. Gula sederhana yang dikandung di dalamnya bila dicerna akan menghasilkan kadar serotonin yang cukup tinggi.
3. Jeruk
Jeruk mengandungi vitamin C yang banyak, kandungan vitamin C boleh mengurangkan stres. Sebuah penelitian menyatakan bahawa mengambil 3000 mg vitamin C sebelum mengerjakan tugas yang membuat stres boleh membuat kadar kortisol dan tekanan darah menjadi normal kembali.
4. Bayam
Mungkin anda masih ingat Popeye yang suka sekali memakan bayam? Ternyata ia tak salah menjadikan bayam sebagai makanan kegemarannya. Kandungan magnesium di dalam bayam meregulasi kadar kortisol. Magnesium cenderung terbuang dari tubuh ketika kita stres dan memakan bayam menambah kadar magnesium di dalam badan. Selain bayam, jika anda bukan pecinta bayam, magnesium juga terdapat di salmon dan kacang soya.
5. Ikan Omega-3
Untuk membuat kortisol dan adrenalin di dalam badan tetap oke, bertemanlah dengan ikan yang mengandungi omega-3, seperti tuna dan salmon. Sehingga, selain mengurangkan stres, juga baik untuk melindungi jantung. Untuk hasil maksimum, konsumsilah 3 ons ikan omega-3 seminggu dua kali.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment