~gambar hiasan~ |
Kajian ahli antropologi dan psikologi merumuskan bahawa wanita yang mempunyai teman lelaki kacak lebih ‘cepat’ dan ‘kerap’ mencapai kepuasan ketika berasmara, lapor berita Agensi. Penyelidik juga merumuskan bahawa faktor mencapai kepuasan itu ada kena-mengena dengan kemahuan melahirkan zuriat lebih bermutu kerana ada bukti menunjukkan bahawa wanita mahu berasmara untuk hamil.
Kajian terbabit dijalankan di Universiti Pennsylvania State memfokuskan kepada kehidupan seksual 110 pasangan heteroseksual, yang melaporkan siapa yang mencapai kepuasan dan kekerapannya.
Responden lelaki diukur berdasarkan wajah maskulin, pandangan orang lain mengenainya, penampilan maskulin yang berasaskan pendapat pasangan dan siapa yang lebih agresif di tempat tidur. Responden lelaki juga diminta mengukur sejauh mana tarikan mereka kepada wanita.
Wanita yang menganggap pasangan mereka sebagai maskulin dan dominan dilaporkan lebih kerap dan lebih awal mencapai kepuasan berbanding dengan pasangan yang kurang kacak.
Wanita yang pasangan mereka menarik juga lebih kerap mencapai kepuasan ketika atau selepas ejakulasi lelaki.
Kekerapan wanita mencapai kepuasan seks disebabkan masturbasi pula tidak disebabkan rupa paras pasangan mereka. “Oleh itu, kehamilan dikaitkan dengan orgasm wanita mungkin efektif atau mungkin apabila persetubuhan berlaku dengan lelaki maskulin,” kata penulis dalam kajian yang disiarkan Jurnal Evolution and Human Behaviour.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment