Seorang pesakit wanita datang ke doktor gigi kerana ada masalah dengan gigi dan mulutnya sehingga perlu dibedah. Ketika diminta menutup mata dan membuka mulutnya, pesakit ini menurut saja kerana menyangka memang demikian prosedurnya.
Tapi pesakit merasakan ada benda asing dengan saiz tidak wajar masuk ke dalam mulutnya yang sedang terbuka luas. Betapa terkejutnya ia ketika membuka mata, ternyata benda yang ada di mulutnya adalah kemaluan si doktor yang sengaja dikeluarkan dari seluar.
Kejadian memalukan itu berlaku pada Jumaat minggu lalu (28/10/2011) di Rumah Sakit Qinpu Zhongshan yang terletak di daerah Qinpu, Shanghai. Pelakunya adalah seorang doktor gigi berusia 28 tahun, bergelar master dan telah bekerja di rumah sakit tersebut selama 2 tahun.
Perilaku doktor gigi yang sungguh keterlaluan ini membuatnya menjadi tahanan dirumah oleh polis. Pihak rumah sakit sendiri mengaku belum boleh memberikan kronologi yang lebih detail kerana kes ini masih dalam siasatan.
Namun yang jelas peristiwa ini mengejutkan semua orang yang pernah mengenal doktor tersebut. “Dia adalah doktor gigi yang sangat berkualiti, belum pernah menunjukkan perilaku seperti ini,” ungkap Wang, salah seorang kakitangan di rumah sakit itu seperti dipetik dari Shanghaidaily, Khamis (3/11/2011).
Disyaki doktor gigi itu sedang menghadapi masalah kejiwaan, seperti kemurungan pada tahap yang cukup teruk kerana memang sedang mengurus proses perkahwinan dengan kekasihnya. Namun dugaan ini belum boleh dipastikan kerana masih dalam siasatan polis.
Kalaupun terbukti bahawa doktor gigi tersebut mengalami kemurungan, maka hubungannya dengan perilaku seks yang menyimpang itu tetap akan mencetuskan perdebatan. Dalam banyak kes, kemurungan justeru menurunkan ghairah seks dan bukan malah membuat penderitanya menjadi hiperseks.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment