Walaupun seks selalu menjadi ‘isu tertutup’ di kalangan wanita,kajian Pfizer melalui ‘Global Better Sex Survey’ (GBSS) tahun lalu mendapati, majoriti wanita berpendapat, seks adalah satu aspek kehidupan yang penting. Sebanyak 85 peratus wanita di dunia menganggap seks adalah penting untuk mencapai hubungan yang memuaskan. Malah, 83 peratus wanita Malaysia berkongsi pendapat yang sama.
GBBS juga mendapati secara global lebih 50 peratus wanita tidak mencapai kepuasan seksual sepenuhnya. Angka yang sama juga didapati di kalangan wanita di Malaysia.
Pakar Terapi Seksual dan Kaunselor Perhubungan, Dr Rosie King, berkata masalah ketidakpuasan seksual wanita jarang mendapat perhatian berbanding lelaki yang mendapati seks adalah antara komponen penting dalam kehidupan manusia.
“Ketidakpuasan seksual wanita adalah satu misteri kerana ia merujuk kepada pelbagai masalah seksual di kalangan wanita. Ketidakpuasan seksual yang paling biasa adalah ketiadaan libido,” katanya.
Dr Rosie berkata, terdapat banyak faktor yang mungkin menyumbang ke arah ketidakpuasan seksual wanita termasuk masalah disfungsi seksual bukan saja di kalangan wanita malah pasangan mereka.
Sebenarnya, disfungsi seksual lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Disfungsi seksual di kalangan lelaki dianggarkan pada tahap 31 peratus sementara di kalangan wanita 43 peratus. Ini bermakna setiap dua daripada lima wanita mengalami
disfungsi seksual,” katanya.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment