Home » , » Skandal Khairul Fahmi - Shida Ugut Dedah Aksi Ranjang

Skandal Khairul Fahmi - Shida Ugut Dedah Aksi Ranjang

Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex terus menjadi buruan gadis, tidak terkecuali yang seorang artis baru, Shida Harmi. Dalam perkembangan terbaru penjaga gawang gol Harimau Muda ini, blog hiburan terkenal tanahair, Rotikaya.com menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keintiman antara Apex dan Shida Harmi yang dikirim oleh seseorang yang dipercayai rakan rapat artis itu atau Shida Harmi sendiri.


“Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri,” kata pemilik laman web tersebut.
Menghangatkan lagi kontroversi, Rotikaya.com juga menyiarkan dua paparan ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang dirujuk kepada perbualan antara Apex dan Shida Harmi di mana terkandung unsur pertengkaran dan ugutan.
Bace lagi……..





Dalam perbualan di BBM tersebut, Shida seolah-olah cuba mengugut Apex untuk mendedahkan kepada umum kononnya mereka pernah tidur bersama.
“Klu I nk sebar kan dri dlu lah cik fahmiiiii.. Pk la skik.. Sb kan u dh wat palat gini, kutuk2 I sume, Cite psl u? Cite psl pe? Bukan I cite btul ke? Yg u cakap I dok meroyan tergile2 kan u nape? U nak i tunjuk bukti yg pena tdo dgn u? I got all d prove..dun u eva play wit me,” kata Shida, merujuk kepada BBM tersebut.

Blog hiburan itu juga percayai bahawa gambar dan perbualan BBM antara Apex – Shida Harmi itu berlaku pada sekitar Ogos 2011, ketika kisah tentang pertunangan Apex dan bekas tunangnya, Elia, sedang sebok diperkatakan ramai.
Khairul Fahmi putus tunang dengan Elia dan kemudiannya digosipkan menjalin hubungan mesra dengan seorang model, Dahlia Teck, selain dikaitkan dengan watak sampingan, Shida Harmi.
Apex juga telah dilanda kontroversi apabila pihak tertentu telah mengirimkan beberapa keping gambar beliau dan beberapa gadis-gadis seksi ketika menyambut hari lahir Dahlia Teck di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang di sini sejurus sebelum berlepas ke Jakarta bagi menghadapi kejohanan Sukan Sea di Jakarta.
Berikut adalah beberapa keping gambar Apex dan Shida Harmi yang tersiar di laman blog Rotikaya.com hari ini.

Shida Harmi. Siapa beliau?

Menurut maklumat dari forum Cari, ini watak terbaru dalam kisah putus tunang Khairul Fahmi & Elia si Jejari Runcing.
Umum sudah sedia maklum tentang gadis bernama Dahlia yang Khairul Fahmi sendiri nafikan yang mereka berdua mempunyai hubungan cinta.
Namun, hari ini maklumat terbaru muncul mengaitkan nama gadis Shida Harmi ini sebagai mempunyai hubungan ‘It’s Complicated’ dengan Khairul Fahmi.
Shida Harmi ini di’katakan pernah keluar berdua bersama Khairul Fahmi (dan katanya melibatkan resit hotel, hmm) dan pernah di’ugut oleh si lelaki idaman ramai ini.
Shida Harmi di’katakan mahu menyebarkan gambar mereka berdua untuk menegakkan kebenaran namun Khairul Fahmi mengugut untuk mencederakan kekasih gelap beliau ini.
Gadis ini di’katakan sekarang sedang mendedahkan sedikit demi sedikit perangai Khairul Fahmi di laman sosial Twitter dan ini sesuatu yang kurang baik untuk reputasi penjaga gawang Malaysia ini.


Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment