Geneva - Arkeologi di Switzerland berjaya menemui sebuah pintu yang usianya dianggarkan 5,000 tahun. Pintu ini boleh dianggap sebagai salah satu pintu yang tertua di Eropah. Pintu yang diperbuat dari kayu poplar kuno ini amat solid dan elegan.
Pintu ini bahkan dilengkapi dengan engsel yang masih utuh dan reka bentuk luar biasa yang membuat kayu ini tetap bersatu.
"Pintu ini amat luar biasa kerana kayunya disatukan dengan cara yang unik," ungkap Ketua Arkeolog Niels Bleicher seperti dikutip Associated Press, Jumaat (22/10 / 2010).
Menggunakan tiga lingkaran tahunan, Bleicher mengatakan pintu ini kemungkinan besar dibuat pada tahun 3.063 sebelum masehi. Pintu ini dibuat semasa monumen Stonehenge di Inggeris mula dibina. Bleicher mengadar reka bentuk pintu ini memang amat pintar.
Keadaan iklim ekstrem yang terjadi masa itu, membuat warga membuat pintu dengan menggunakan kayu yang solid agar mampu melawan angin kencang yang melintas dari sekira Tasik Zurich. Pintu ini sendiri ditemui tepat saat pekerjaan pembinaan pelataran parkir untuk bangunan opera Zurich, Switzerland.
Para saintis di Zurich bermaksud untuk mempamerkan pintunya setelah dipindahkan hati-hati dari tanah dan direndam dengan bahan kimia khusus untuk mencegah kayu pintu membusuk.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment