Biasanya orang sukar menutup mulut kerana ada gangguan pada struktur giginya. Tapi lelaki ini Wang Youping, (34 tahun) dari Shaanxi, China tidak boleh menutup mulutnya selama 21 tahun akibat ada ketumbuhan besar di lidahnya atau disebut dengan macroglossia.
Ketumbuhan ini membuat otot-otot di lidahnya panjang 25 cm, lebar 10 cm dan ketebalan 7 cm. Tumor ini sudah tumbuh sedemikian rupa sehingga menjejaskan keadaan giginya dan membuatnya sangat mustahil untuk menutup mulutnya.
Youping mula mengalami pembengkakan di wajah dan lidahnya sejak ia berusia 6 tahun. Pembengkakan ini semakin lama makin besar dan luas sehingga akhirnya ia tidak menutup mulutnya dengan baik pada usia 13 tahun.
Semenjak itu ia menjadi tidak mampu bercakap dengan jelas, makan dengan normal dan bahkan bernafas dengan selesa. Selain itu ada juga risiko tinggi seperti pembuluh darah di lidah yang pecah dan boleh menyebabkan pendarahan teruk.
Diketahui bahawa Youping lahir sedikit berbeza dengan bayi-bayi lain, ia mempunyai bibir yang bengkak dan berwarna gelap serta bentuk telinga kirinya lebih menonjol berbanding saiz normal.
Setelah dianalisis oleh pasukan doktor dari rumah sakit selama 4 tahun, kini ia dijadualkan untuk melakukan operasi sebanyak 5 kali selama 3 tahun untuk mengurangkan ketumbuhan tersebut sehingga ia boleh lebih mudah menguruskan lidahnya.
Macroglossia terketegori penyakit sukar ditemui dan jarang berlaku, keadaan ini biasanya disebabkan oleh adanya peningkatan jumlah rangkaian yang terdapat di lidah seperti ketumbuhan.
Keadaan ini boleh disebabkan oleh gangguan keturunan atau bawaan (sudah ada sejak ia dilahirkan), termasuk akromegali, beckwith-Wiedemann syndrome, hipotiroid congenital, diabetes, down syndrome, hemangioma atau lymphangioma, mucopolysaccharidoses dan amiloidosis primer.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment