Home » , , » Cool Gadget : Korea Cipta Telefon Boleh X-ray

Cool Gadget : Korea Cipta Telefon Boleh X-ray


Hasrat manusia yang ingin melihat objek yang tidak terlihat dengan mata kasar, nampaknya tidak menjadi masalah saat ini. Sebagai contoh yang nyata, hobi menonton filem dapat menjadi kesempatan untuk memenuhi hasrat manusia yang ingin mengintip kehidupan orang lain.

Oleh itu, dunia ilmiah terus melakukan petualangan untuk menyelesaikan tuntutan hidup manusia itu melalui pembangunan peralatan yang boleh tembus pandang. Korea Selatan baru-baru ini berjaya membangunkan kamera tembus pandang yang dapat menerobos baik bahagian dalam baju mahupun objek di dalam kabut. Pembangunan kamera gelombang milimeter untuk yang ke-dua kalinya di dunia



Suatu lembaga penyelidikan Korea Selatan pada tarikh 19 Oktober lalu di bandar Yongin, propinsi Kyeonggi, mengadakan persembahan tentang kemampuan MIRAE, Milimeter-Wave Imaging Radiometer Equipment, atau sejenis kamera yang mampu mengesan gelombang milimeter sehingga tembus pandang.

Dalam persembahan itu, MIRAE berjaya menangkap secara tepat kedudukan dan garis bentuk sebuah kereta yang berada di belakang skrin tebal. Sementara itu, kamera biasa dan kamera sinar infra merah gagal menangkap posisi dan garis bentuk kereta itu. Disamping itu, kamera tembus pandang itu mampu mengambil imaji nyata objek yang berada di dalam jilatan api dan asap kebakaran serta berjaya mengesan sebuah pistol yang disembunyikan di dalam baju. Menurut lembaga tersebut, mereka berjaya mengembangkan kamera tembus pandang itu setelah mencurahkan usahanya selama 3 tahun terkini. Hal ini merupakan kejayaan kedua di dunia.

Rahsia gelombang milimeter

Gelombang milimeter merupakan kunci utama bagi pembangunan kamera tembus pandang. Teori tembus pandang melaksanakan penggunaan gelombang sinar di luar kawasan sinar tampak yang tidak dapat dilihat atau dirasakan oleh manusia. Melalui proses penampilan imaji gelombang milimeter yang relatif panjang berbanding dengan gelombang sinar tampak dan sinar infra merah, kita dapat melihat objek yang berada dalam keadaan samar-samar akibat adanya penghalang.

Kamera gelombang milimeter boleh mengambil imaji objek, melalui penerimaan gelombang milimeter yang dipancarkan terus dari objek itu secara semula jadi. Penggunaan kamera ini tidak menimbulkan kesan negatif bagi kesihatan manusia. Apakah kamera sinar infra merah dan sinar-X yang sudah lama dipakai dalam kehidupan manusia, mampu tembus pandang?

Sinar yang mampu menembus penghalang
Kita mampu melihat dengan tembus pandang melalui perubahan sinar infra merah yang dipancarkan dari badan kita secara semulajadi menjadi sinar tampak, seperti kamera sinar infra merah, walaupun kita tidak boleh melihat objek di luar jangkauan sinar infra merah dan sinar ultra ungu. Sinar infra merah mempunyai gelombang panjang dapat menembusi baik kain baju mahupun kegelapan untuk mencari kedudukan objeknya. Fungsi itu sekarang dilaksanakan untuk melancarkan aktiviti SAR. Ditambah lagi, sinar-X di lapangan terbang digunakan untuk mengesan apa yang disembunyikan dalam balik pakaian atau tubuh manusia dalam rangka mencegah hal-hal yang tidak diharapkan dalam perlindungan keselamatan penumpang.

Dalam edisi baru-baru ini, majalah ilmiah Inggeris, New Scientist memperkenalkan 10produk ilmu pengetahuan yang dapat mengubah pola kehidupan manusia secara besar-besaran dalam 30 tahun akan datang. Dalam produk tersebut, ada alat yang boleh kita gunakan untuk melihat sebuah benda yang disembunyikan, seperti seorang Superman.

Dengan kata lain, dunia ilmu pengetahuan dan teknologi antarabangsa kini berusaha semaksima mungkin untuk membangunkan teknologi tembus pandang. Pasukan penyelidikan Universiti Utah, Amerika Syarikat berjaya membangunkan teknologi yang dapat mengejar dan menangkap gerak-geri manusia atau benda di sebalik dinding tebal dengan alat pemancar radio tanpa kabel, dengan menerapkan kaedah turun imaji menegak tanpa kabel, atau RTI.

Angkatan darat Amerika Syarikat juga berjaya membangunkan teknologi LifeReader, yakni peralatan tanpa kabel yang boleh memantau degupan jantung dan pernafasan dalam waktu yang sama terhadap sekelompok manusia. Ditambah lagi, sebuah teknologi canggih juga dibangunkan untuk memindahkan maklumat yang dikumpul oleh kamera digital mini pada kaca mata yang dikenakan oleh tuna netra kepada elektrod yang dicangkokkan pada lidah buta itu.




Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment