Puan Kelly Dengan Amelia Anak Perempuannya Yang Kini Berusia 17 Minggu |
SELEPAS dua kali mengalami keguguran, seorang wanita hamil, Donna Kelly,29 tahun merasa bimbang bahawa kehamilannya akan berakhir dengan keguguran juga.
Apabila doktor memberitahu kandungannya yang berusia lima bulan berisiko dan dia mungkin akan kehilangan bayinya, dia bersetuju apabila diberi jalan penyelesaian radikal oleh doktor untuk menyelamatkan kandungannya .
Dalam tempoh 24 jam selama sepuluh minggu, dia berbaring 'terbalik' diatas katil hospital sehingga dia melahirkan anak perempuan yang sihat yang diberi nama Amelia.
Ultrasound telah menunjukkan bahawa kerosakan pada pangkal rahim atau serviks, menyebabkan kandungannya terturun jauh ke bawah dari rahim.
Seorang pakar dalam keguguran berulang, Profesor Siobhan Quenby memberitahu pasangan itu, untuk mengelakkan keguguran bayi mereka adalah dengan mengurangkan tekanan ke atas serviks Puan Kelly dan mengubah daya graviti pada serviks wanita itu. Dia perlu berbaring diatas katil yang dicondongkan pada sudut 45 darjah dengan kakinya menunjuk ke atas. Dia terpaksa makan, membaca dan menonton televisyen di atas katil itu di Hospital Universiti di Coventry dan hanya boleh bangun dari katil untuk pergi ke tandas.
Puan Kelly, yang pernah bekerja sebagai jururawat ginekologi dan telah meletak jawatan selepas kelahiran anak lelakinya, Joshua empat tahun lalu, berkata: "Saya terkejut apabila diberitahu perlu berbaring diatas katil dalam keadaan terbalik tetapi saya sudah bersedia untuk melakukan apa saja untuk menyelamatkan kandungan saya. "Ia membuatkan saya berasa sakit pada mulanya tetapi selepas beberapa hari badan saya diselaraskan dan lama-kelamaan saya sudah biasa dengan keadaan terbalik."
Puan Kelly telah diberikan krim yang mengandungi hormon progesteron untuk membantu mengukuhkan serviks dan mencegah jangkitan pada kehamilan kali ini. Dia juga menerima jahitan pada serviksnya pada minggu ke 14 kehamilannya untuk mengukuhkan pangkal rahim tetapi pada usia kehamilan 23 minggu, jahitannya telah terbuka semula.
Puan Kelly melahirkan Amelia yang seberat 4 pound setengah melaui kaedah caesarean pada bulan Ogos selepas air ketubannya pecah enam minggu awal. Amelia diletakkan selama dua minggu di dalam inkubator di unit rawatan rapi sebelum dibenarkan dibawa pulang dan kini membesar dengan sihat.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment