Home » , , » Perogol Ketar Kepala Lutut Ketika Mengaku Salah Depan Hakim

Perogol Ketar Kepala Lutut Ketika Mengaku Salah Depan Hakim

Hiasan - aksi dalam filem "Budak Kelantan"

Bila ‘geramkan’ adiknya, dia mungkin hanya ingat nikmat saja. Bila adiknya enggan menurut tuntutan batinnya, dia bukan main garang lagi, siap ugut dengan pedang lagi. Tapi bila dibawa menghadap hakim, suspek yang juga bekas banduan ini menggeletar kepal lutut! Inilah yang berlaku di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam.
Sinar Harian melaporkan suspek menggeletar ketika membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan merogol dan mengugut adik kandungnya dengan pedang, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Wan Fadilah Nor Wan Idris.


Tertuduh yang melakukan kesalahan sumbang mahram itu selepas dua hari dibebaskan daripada penjara akibat kesalahan dadah, kemudiannya dijatuhi hukuman  penjara 12 tahun dan lima sebatan bagi kedua-dua kesalahan itu.
Dia dihukum penjara 11 tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol dan penjara setahun bagi kesalahan mengugut tetapi perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan selepas Hakim Wan Fadilah Nor memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berturutan.
Terdahulu, tertuduh yang berumur 37 tahun hanya tunduk dan mengangguk faham ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadilah Nor.
Dalam keadaan menggeletar, dia kemudiannya mengaku salah.
Dia didakwa telah secara paksa merogol adik perempuannya yang berumur 24 tahun di belakang sebuah rumah di Kuala Besut pada 10.30 malam, 10 Februari lalu mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta boleh dikenakan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah mengugut mangsa dengan sebilah pedang dengan tujuan menakutkan mangsa supaya tidak membuat laporan polis bersabit kejadian itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazlyza Mohd Nazri.
Inilah akibatnya bila meletakkan nafsu melebihi segala-galanya, adik kandung sendiri pun nak ‘dibahamnya’.
Baru kat mahkamah dunia lagi dah menggeletar seluruh anggota, kalau kat mahkamah akhirat esok entah macam mana agaknya!


Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment