Home » » Ahli Farmasi Lancar Mogok Viagra

Ahli Farmasi Lancar Mogok Viagra

viagra pill

MILAN : Pekerja farmasi hospital di Itali mengancam menyekat bekalan viagra kepada lelaki negara itu kecuali kerajaan meminda rancangan untuk membaharui profesyen itu yang mempunyai tahap sekatan kemasukan yang tinggi.

Pegawai kesatuan sekerja, Loredana Vasselli berkata, ahli farmasi mengambil keputusan untuk menumpukan bantahan mereka dengan menggunakan viagra memandangkan permintaannya yang tinggi tetapi ketiadaannya tidak akan menjejaskan kesihatan pesakit.

Beberapa tindakan akan dilakukan sepanjang ‘Mogok Viagra’ bulan depan jika aduan mereka tidak dilayan.

Sekumpulan ahli farmasi menunjuk perasaan di luar Parlimen semalam dengan membawa sepanduk yang bertulis: ‘Tiada viagra, tiada parti.’ Farmasi hospital, sebahagian daripada sistem kesihatan awam Itali, berkata, rancangan meliberalisasi ekonomi Perdana Menteri Mario Monti tidak adil kerana ia akan memberi lesen kepada pembukaan lebih 5,000 frarmasi swasta baru. – AFP



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment