KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya mengharamkan penggunaan pukat tunda dalam sektor perikanan di negara ini.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, langkah itu wajar dilaksanakan kerana penggunaan alat tangkapan tersebut memberi kesan buruk yang serius dengan mengancam mata pencarian nelayan dan sumber perikanan kawasan pantai.
“Keadaan menjadi lebih buruk bila pukat tunda ini diubah suai menjadi pukat buaya dan pukat naga di mana lebih banyak anak-anak ikan (benih) bersaiz kecil ditangkap dijadikan baja. sebuah bot pukat tunda menangkap atau membunuh lebih 60 peratus anak ikan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
S.M. Mohamed berkata, tinjauan CAP di Pulau Pinang,Kedah dan Perlis mendapati aktiviiti bot menggunakan pukat tunda menyebabkan kira-kira 20,000 nelayan pantai terjejas.
Menurutnya, pengkalan utama nelayan pukat tunda, pukat buaya dan pukat naga adalah di Batu Maung dan Teluk Bahang Pulau Pinang, manakala di Kedah pula ialah di Kuala Kedah.
Jelasnya, meskipun masalah tersebut diadukan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) dan Jabatan Perikanan namun tidak ada tindakan berkesan diambil oleh pihak terlibat.
“Akibatnya pendapatan nelayan-nelayan pantai di ketiga-tiga negeri tersebut merosot dari lebih RM100 sehari kepada RM20 sehari,” dakwanya lagi.
Malah, katanya, CAP difahamkan lebih 40 spesies hidupan laut di kawasan pantai mengalami kepupusan.
Justeru, katanya, CAP percaya jika pukat tunda, pukat buaya dan pukat naga terus digunakan secara berleluasa maka perairan negara akan ketandusan sumber dalam jangka masa 10 tahun.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment