KUALA LUMPUR – Enggan lagi membuka bicara tentang hubungan cintanya dengan pelakon lelaki, Fizz Fairuz, kepada orang ramai, Almy Nadia mengakui cakap-cakap orang yang mengatakan hubungan mereka berdua sudah berakhir adalah tidak benar.
Bagi Almy, dia tidak mahu lagi kisah cinta dia dan Fizz Fairuz terus dicanang orang dan mengakui ingin mengurangkan kemunculan mereka bersama di beberapa majlis hiburan secara terbuka.
“Saya tahu, sudah banyak tohmahan orang buat mengenai hubungan kami dengan mengatakan bahawa kami telah putus cinta. Bagi saya tidak baik berkata begitu kerana ia boleh menjadi satu doa buat hubungan saya dan Fizz.
“Disebabkan itu, saya rasa lebih baik saya tidak terlalu bersikap terbuka membicarakan mengenai hubungan kami seperti yang pernah terjadi sebelum ini. Cuma, cukuplah orang tahu yang kami masih bersama dan kalau ada jodoh kami akan bersatu jua,” kata Almy dalam laporan Murai.com.
Almy juga tidak mahu dia dikenali dalam industri hiburan dengan cerita peribadi yang digembar-gemburkan.
Sebaliknya, dia mahu masyarakat mengenali bakat dan kebolehan yang dia bawa untuk bergelar sebagai seorang artis yang berjaya.
Disebabkan itu juga, Almy mahu lebih menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembangkan lagi karier seninya berbanding hubungan cintanya.
Menolak dakwaan yang dia sudah kurang muncul di kaca televisyen kerana kecewa cerita cintanya disalah tafsirkan pihak-pihak tertentu, Almy hanya menjelaskan dia lebih banyak mengambil masa cuti dari memenuhi undangan hiburan kerana ingin menguruskan hal keluarganya.
Lebih sibuk dan tertumpu dalam memberikan khidmat terbaru dalam rancangan Wanita Inspirasi TV3 sekarang ini, pelakon wanita itu sentiasa mengingatkan diri untuk sentiasa kuat dan bersemangat untuk mengkukuhkan kedudukan kerjaya seninya demi anak angkat yang dijaga, Nur Afrina Darwisya sejak tiga tahun lalu.
“Penyertaan saya dalam majlis pelancaran, Wanita Inspirasi TV3 ini merupakan kemunculan pertama saya setelah lebih kurang setahun tidak muncul di acara-acara hiburan sebegini.
“Setahun menghilang, bukan bermakna saya juga berhenti daripada dunia lakonan kerana rezeki saya tidak pernah putus dalam bidang ini. Sebelum ini saya terlalu sibuk dengan hal keluarga dan kini saya muncul dengan azam baru untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan disenangi ramai orang.
“Dalam tempoh setahun saya menghilang ini juga adalah disebabkan agak sibuk menguruskan mengenai anak angkat saya yang kini dijaga oleh ibu saya di Pulau Pinang,” katanya.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment