Home » » Alonso Rangkul Gelaran Kedua GP Malaysia

Alonso Rangkul Gelaran Kedua GP Malaysia

Alonso

SEPANGFernando Alonso dari pasukan Scuderia Ferrari mencatatkan kemenangan dramatik dalam Grand Prix Petronas Malaysia 2012 apabila menafikan Sergio Perez dari pasukan Sauber F1 Team untuk merangkul kemenangan pertama Formula One di Litar Sepang di sini Ahad.

Pemandu dari Sepanyol itu mencatatkan dua jam, 44 minit dan 51.812 saat untuk mendahului Sergio Perez dari Mexico dengan hanya perbezaan 2.263 saat.

Sementara Lewis Hamilton dari pasukan Vodafone McLaren Mercedes yang memulakan perlumbaan di petak pertama, menduduki tempat ketiga sepertimana pada musim pembukaan perlumbaan di Melbourne hujung minggu lepas dengan 2:45:06.403s.

Perlumbaan bermula dalam hujan lebat dan dihentikan selama 51 minit selepas lapan pusingan namun Alonso nyata cemerlang mengemudikan jentera yang sebelum ini gagal mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam pusingan kelayakan dan pusingan musim pembukaan.

Kemenangannya ini merupakan gelaran keduanya dalam Grand Prix Malaysia dan pencapaian hebat dalam 28 tahun kariernya. Beliau memenangi Grand Prix Malaysia pada 2007 dengan pasukan McLaren Mercedes. – BERNAMA



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment