Home » » Peruntukan BR1M di Sabah RM177,903

Peruntukan BR1M di Sabah RM177,903

BR1M

KOTA KINABALU – Sejumlah RM177,903,500 disalurkan kepada 355,807 orang isi rumah di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negeri Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata jumlah yang diluluskan daripada 413,287 permohonan itu merupakan 9.51 peratus jumlah keseluruhan penerima BR1M bagi seluruh negara.

“Kesemua baucer tunai RM500 untuk sebanyak 355,807 penerima BR1M tersebut telah diserahkan kepada Pejabat Daerah dan sehingga setakat ini hampir 90 peratus menerima baucer tunai mereka, dan proses ini masih diteruskan sehingga kesemua penama menerima baucer tunai masing-masing,” katanya ketika menjawab soalan Dr Joachim Gunsalam (BN-Kundasang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Isnin.

Gunsalam bertanya mengenai keberkesanan program BR1M dapat memberi manfaat kepada rakyat yang layak menerima bantuan tersebut.

Musa berkata kerajaan bersikap fleksibel dalam soal pembayaran bantuan itu dengan melanjutkan lagi tempoh pembayaran agar semua isi rumah yang layak terutama yang tinggal di kawasan pedalaman tidak tercicir mendapat manfaat program itu.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengadakan post-mortem tentang proses perjalanan bayaran sebagai sebahagian langkah-langkah proaktif menambah baik mekanisme penyaluran bantuan seumpama itu, sekiranya program yang sama diteruskan pada masa depan.

“Kita memang sedar bahawa apapun perkara yang kita lakukan tentu ada kekurangan. “Justeru permasalahan yang timbul akibat masalah-masalah teknikal seperti kesilapan maklumat, penandaann butir-butir peribadi yang mungkin menjadi punca kepada tercicirnya beberapa golongan termasuk warga emas dan ibu tunggal akan diambil perhatian sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Musa yang juga Menteri Kewangan berkata secara keseluruhan matlamat utama program BR1M mencapai sasarannya berikutan penerima bantuan menzahirkan rasa puas hati terhadap kerajaan khususnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -BERNAMA



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment