Home » , » Ana Dahlia Tetap Memasak Walaupun Bersuamikan Chef

Ana Dahlia Tetap Memasak Walaupun Bersuamikan Chef


KUALA LUMPUR – Mendirikan rumahtangga dengan seorang chef masakan terkenal tidak menjadi tiket bagi Ana Dahlia untuk tidak memasak di dapur dan tetap mahu menyediakan hidangan makanan buat suami tercinta, Chef Riz.

Bekas pramugari Air Asia itu mengaku masih tekun belajar ilmu memasak dari Chef Riz atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan, dan mendalami resepi-resepi istimewa yang dihidangkan di hotel-hotel terkemuka.

“Kini saya sudah mempelajari beberapa menu makanan yang kebiasaannya dihidangkan di restoran atau hotel seperti “brownies” coklat dan “creme brulee” daripada Riz.

“Saya rasa bertuah kerana dapat ilmu memasak daripada chef profesional sepertinya,” katanya yang dipetik dari Mstar Online di sini hari ini.

Seperti isteri-isteri lain, Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diana Mastura Jaafar memasak untuk suaminya dan menyediakan masakan biasa kepada Chef Riz.

Namun, Chef Riz yang tidak lokek ilmu pada isterinya kadangkala turut ke dapur bersamanya bagi menyediakan makanan yang lebih istimewa untuk mereka menjamu selera.

Ana Dahlia yang juga merupakan seorang pelakon merasa cukup bertuah untuk memiliki seorang suami yang memahami dan memberikan sokongan kuat padanya untuk terus bergiat di dalam industri hiburan tanahair.

Namun, galakan tersebut itu tidak menjadikannya lupa pada tanggungjawab dan meluangkan masa dengan suaminya itu.

“Riz cuma pesan, selagi larat dan terdaya saya boleh ambil seberapa banyak tawaran berlakon. Walaupun begitu, waktu untuk kerjaya dan keluarga saya akan imbangi dengan sebaik mungkin.

“Biar sesibuk mana pun jadual kerja, saya pasti akan peruntukkan waktu yang berkualiti bersama suami,” katanya lagi.

Mengulas mengenai karier seninya, menantu kepada Chef Wan itu memberitahu bahawa dia terlibat dengan pergambaran drama terbaru, 3 Janji, terbitan TV3 dan filem Gila-Gila Remaja.

Manakala lakonannya kini boleh ditonton menerusi drama Bukan Untukmu di TV9 pada jam 8.30 malam setiap Isnin dan Selasa, serta drama Metro Skuad yang tersiar di TV2 pada pukul 9 malam pada setiap hari Jumaat.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment