Home » » Bashar Digelar Itik Oleh Isteri

Bashar Digelar Itik Oleh Isteri


Damsyik – Presiden Syria, Bashar al-Assad mungkin dilihat sebagai seorang lelaki yang tegas sehinggakan beliau menerima tentangan yang hebat daripada rakyatnya, namun di sebalik imej ganasnya itu, beliau sebenarnya seorang romantik dengan isterinya, Asma.

Kedua-dua mereka juga sentiasa bergurau senda malah Asma, wanita kelahiran Britain itu, menggelar suaminya sebagai Batta iaitu bermaksud itik dalam bahasa Arab.

Perkara berkenaan terkandung dalam 3,000 emel peribadi milik Bashar yang dipercayai telah digodam oleh pemberontak di Syria dan didedahkan ke internet.


Antara emel romantis mereka ialah satu mesej yang dihantar oleh Asma kepada suaminya.

Selain emel puisi cinta, mesej itu turut diselangi dengan muzik romantik.

Antara bait puisi itu ialah “Kenapa saya mencintai awak? Sambil berfikir saya tersenyum kerana jawapannya panjang berjela sehingga berbatu-batu,”.

Namun Bashar juga mempunyai peminat tersendiri dan ada antara peminatnya itu menyamakan Bashar dengan penyanyi Barry White.

Selain itu terdapat emel yang dihantar oleh seorang anak diplomat Syria kepadanya mengandungi gambar kartun unta yang memakai pakaian seperti zorro.

Emel berkenaan dipercayai digodam antara bulan Jun hingga awal bulan lepas.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment