Home » , » Messi: Penjaring Gol Terbanyak Barcelona

Messi: Penjaring Gol Terbanyak Barcelona

 Lionel Messi

LIONEL MESSI berjaya memecah rekod penjaring terbanyak Barcelona untuk sepanjang zaman selepas penyerang Argentina itu meledak hatrik ketika mereka mengatasi Granada 5-3 pada aksi Liga Sepanyol, awal pagi tadi.

Pada usia baru 24 tahun, Messi kini sudah menjaringkan 234 gol buat Barcelona, mengatasi rekod lama yang dipegang Cesar Rodriguez iaitu 232 gol sepanjang tahun 1939 hingga 1955.

Jumlah 234 gol itu merangkumi 153 gol diledak Messi dalam saingan Liga Sepanyol, 49 gol Liga Juara-Juara, 19 gol Piala Raja-Raja Sepanyol, 8 gol Piala Super Sepanyol, 4 gol Piala Kelab Dunia dan 1 gol Piala Super Eropah.

Untuk musim ini saja, Messi sudah menjaringkan sebanyak 54 gol dalam semua kejohanan disertai Barcelona.


Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment