Home » » Giat MARA Buka Cawangan Di Thailand

Giat MARA Buka Cawangan Di Thailand

 giat mara thailand

RAUB – Pusat Giat MARA akan membuka cawangan pertamanya di luar negara di Thailand tahun depan bagi melatih rakyat negara itu dalam beberapa bidang kemahiran.

Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Ab Moin, berkata perbincangan akan diadakan antara Giat MARA dan pegawai Thailand dalam tempoh terdekat ini.

Shahiruddin berkata, untuk peringkat permulaan, beberapa latihan asas akan diadakan bagi melatih rakyat Thailand sesuai dengan kehendak dan pasaran pekerjaan negara berkenaan.

Katanya, Giat MARA mempunyai 36 bidang latihan kemahiran yang boleh diajar oleh lebih 1,200 tenaga pengajar terlatih dan berkemahiran yang mengikuti latihan kemahiran di luar negara.

Tahun ini 12 pegawai dan guru akan dihantar ke Jerman bagi mengikuti latihan kemahiran manakala 35 tenaga pengajar memberikan latihan kepada penduduk di Vietnam, Arab Saudi, Korea dan Dubai tahun lalu dan tahun sebelumnya dalam pelbagai bidang kemahiran. – BERNAMA



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment