Home » » Cari Anak Dengan Google Earth

Cari Anak Dengan Google Earth


Pada tahun 1987, Saroo Brierley yang berumur lima tahun dan saudaranya menaiki kereta yang seharusnya membawa mereka pulang setelah seharian mengemis di jalan-jalan India. Tapi kedua anak kecil tersebut tertidur sementara kereta terus berjalan, dan beberapa jam kemudian mereka telah keluar dari bandar.
Dan kini, 25 tahun selepas peristiwa itu terjadi, Brierley akhirnya mencari jalan pulang ke rumahnya. Dan ia melakukannya dengan bantuan Google Earth.

Kurang jelas butiran peristiwa yang menimpa Brierley dan saudara lelakinya ketika mereka turun dari kereta, tetapi sekilas yang dapat kita ketahui adalah beberapa kisah yang sedih.Selama sekitar sebulan mencari jalan untuk pulang, ia hampir tenggelam di sungai Gangga, dan hampir diculik dan dijual sebagai budak. Di kemudian pada suatu ketika saudaranya akhirnya meninggal dunia.

Akhirnya, Brierley ditemui dan dinyatakan sebagai "anak hilang." Dia kemudian diterima pakai oleh pasangan Australia, yang membesarkannya jauh dari tanah air di mana Ia belajar di Universiti Canberra, dan sekarang mempunyai kedai di Tasmania. Tapi itu tidak pernah menghentikan Brierley mencari keluarganya.
Sekitar 10 tahun yang lalu, Brierley mula menggunakan internet untuk mencari rumah asalnya, dengan sedikit kenangan hidup dari masa kecilnya.

Baru-baru ini, ia kemudian menggunakan Google Earth untuk cuba mencari tempat yang sesuai dengan kenangannya, dan bulan lalu Ia akhirnya berjaya menemuinya.

Google Earth membawa Brierley ke kampung halamannya, Ganesha Talai, dan dari sana ia mengesan kumpulan Facebook kota tersebut, menghantar e-mel kepada beberapa ahli, dan akhirnya maklumat yang diperolehnya membuat Brierley mencari keluarganya.


Akhirnya Brierley bertemu kembali dengan orang tuanya setelah 25 tahun terpisah. namun kerana terpisah sekian lama, ada sedikit halangan dalam bahasa dan budaya.
"Ada beberapa bahasa India di kepala saya, tetapi saya harus mengamati ekspresi wajah dan gerakan tangan untuk mengetahui apa yang mereka katakan." Tuturnya kepada Indian Express



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment