Home » » Dadah Kena Curi, Lapor Kat Polis

Dadah Kena Curi, Lapor Kat Polis

benci dadah

London – Penjenayah bodoh. Itu gelaran paling sesuai untuk Colin Roberts dan pasangannya Mandy Coghlan.

Mereka ditangkap selepas melaporkan kepada polis bahawa dadah milik mereka yang bernilai beribu-ribu ringgit telah dicuri.

Namun selepas disoal, mereka mengaku dadah itu dihasilkan daripada ladang kanabis di belakang rumah mereka.

Bagaimanapun ketika polis cuba menahan pasangan itu kerana memproses dadah, Coghlan telah mengancam pihak berkuasa dengan menghalakan pistol udara ke arah salah seorang anggota polis.

Kini Roberts dan pasangannya telah menerima padah apabila mereka dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan, namun hukuman itu ditangguhkan selama dua tahun.

Walaupun hukuman itu ditangguhkan, Roberts diarahkan melakukan kerja tanpa gaji selama 240 jam sementara Coghlan perlu berkhidmat dengan pusat sokongan dadah dan alkohol (Adsis) untuk 12 sesi.

Roberts, 47 dan berasal dari Bond Street pernah mempunyai rekod jenayah kerana kesalahan dadah.

Manakala Coghlan pula, yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau, mengaku salah kerana memproses dadah dan mengajukan pistol ke arah anggota polis dengan niat mencetuskan keganasan.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment