Home » » Dimana Cantiknya Seorang Wanita?

Dimana Cantiknya Seorang Wanita?

Jadikan "Ghadhdul Bashar" (menundukkan pandangan)
sebagai hiasan mata anda
 

Mungkin pada matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang-kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu.

Panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menjadikan kita perempuan dan memberi keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.

Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

  1. Jadikan "Ghadhdul Bashar" (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda. Nescaya anda akan semakin bening dan bersih.
  2. Oleskan "lipstick kejujuran" pada bibir anda. Nescaya anda akan semakin manis.
  3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu dan dibuat oleh salon Iman.
  4. Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  5. Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  6. Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan "gelang Tawaduk" dan jari-jari anda dengan "cincin Ukhuwwah". ~ dipetik dari Diari Muslimah 2012 keluaran Bumi Restu Creative Sdn. Bhd.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment