Home » » Duit Gaji Lesap!

Duit Gaji Lesap!

KUALA KANGSAR – Seorang jururawat yang hendak mengeluarkan wang gajinya sebanyak RM2,000 terkejut apabila mendapati duit itu lesap dipercayai dicuri melalui perbankan Internet.

Kejadian itu disedari Noor Haslina Ngah Awi, 41, ketika dia ingin mengeluarkan wang menerusi mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah cawangan bank berkenaan di sini Isnin lalu.

Noor Haslina terperanjat apabila mendapati wang dalam akaunnya hanya berbaki RM11.13 sahaja.

“Selepas menyedari kejadian itu, saya bergegas ke pejabat bank itu di Kuala Kangsar untuk mendapatkan penyata kewangan dan diberitahu wang saya dikeluarkan melalui perbankan internet pada hari gaji saya dimasukkan.

“Saya jadi bingung apabila diberitahu wang itu mungkin dikeluarkan di Kuala Lumpur. Pihak bank pula tidak dapat mengesan siapa yang mengeluarkan wang itu tanpa pengetahuan saya,” katanya di sini semalami.

Noor Haslina memberitahu, tidak berpuas hati dengan penjelasan pihak bank, dia dan suaminya, Mohd. Jamili Ibrahim, 44, membuat laporan di Balai Polis Kuala Kangsar semalam.

Bagaimanapun katanya, dia mengesyaki kejadian itu mempunyai kaitan dengan panggilan telefon yang diterimanya daripada seorang lelaki mendakwa pegawai sebuah syarikat telekomunikasi pada Disember lalu yang memberitahu dia memenangi wang tunai RM5,000.

Menurut Noor Haslina, kemudian memintanya ke mesin ATM kononnya untuk proses memasukkan wang yang ‘dimenangi’ dan dia menuruti permintaan tersebut.

“Sampai satu ketika, saya mula ragu dan tidak meneruskan arahan yang diberi sebelum memberitahu lelaki itu supaya memasukkan sahaja wang tersebut ke nombor akaun saya.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini, wang RM5,000 yang dijanjikan tidak dimasukkan sebaliknya wang gaji saya pula yang hilang,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Jamili yang juga bekas tentera berkata, pihak bank sepatutnya meningkatkan tahap keselamatan akaun pelanggan supaya tidak mudah terdedah dengan aktiviti penipuan internet. ~ mynewshub.my



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment