Home » , » Keluarga Amy Winehouse Dapat Harta Peninggalan

Keluarga Amy Winehouse Dapat Harta Peninggalan

amy winehouse

London – Bekas suami penyanyi Amy Winehouse tidak mendapat sesen pun daripada harta peninggalannya walaupun penyanyi itu dilaporkan masih menyintai bekas suaminya itu walaupun mereka telah bercerai.

Memandangkan Amy tidak membuat wasiat ke atas harta peningalannya berjumlah £4,257,580 itu, maka ia akan menjadi milik ibu bapanya selepas ditolak cukai dan bayaran lain sebanyak £2,944,554.

Rakannya memaklumkan, Amy tidak membuat wasiat tersebut kerana dia sendiri tidak mengetahui berapa banyak harta yang dimilikinya.

Blake Fielder-Civil dan Amy berkahwin pada bulan Mai 2007, namun mereka bercerai pada Julai 2009.

Keluarga Amy bagaimanapun menuduh Blake bertanggungjawab memperkenalkan dadah kepada Amy.

Namun tanda tanya terus menyelubunyi kematiannya.

Selepas menjadi popular, nilai aset Amy dianggarkan £10 juta dan dia juga mempunyai dua syarikat Cherry Westfield serta CW Touring.

Keadaan ini menimbulkan persoalan di mana wang berkenaan.

Salah seorang rakannya memaklumkan, Amy mempunyai wang yang banyak sehingga dia boleh membakar wang itu untuk menghidupkan rokok.

Amy Winehouse meninggal dunia akibat keracunan alkohol di rumahnya di London pada usia 27 tahun.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment