Home » » Ferrari Terbakar, Pemandu Selamat

Ferrari Terbakar, Pemandu Selamat

gambar hiasan

SEREMBAN — Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi ini.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata, sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.— BERNAMA



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment