Home » » Mangsa Simbahan Asid Tak Maafkan Penyerang

Mangsa Simbahan Asid Tak Maafkan Penyerang


MARANG — Mangsa simbahan asid, Mohd. Fazil Hanafi Idrus enggan memaafkan perbuatan penjenayah tidak bertanggungjawab yang menjadikannya sebagai sasaran hingga menjejaskan masa depannya.

“Saya tidak akan maafkan perbuatan individu itu yang telah menjejaskan masa depan.

“Saya geram dengan individu yang melakukan perbuatan ini kerana saya tidak tahu-menahu motif dia hingga saya terpaksa menerima kesan menjadi sebegini rupa,” itulah luahan mangsa berusia 18 tahun itu.

Beliau yang kini menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendakwa dia tidak mempunyai musuh mahupun bergaduh sehinggakan kesan lecur yang dialaminya memakan masa yang panjang untuk sembuh walaupun tidak akan pulih seperti asal.

Dalam kejadian 19 Februari lepas, dua sahabat melecur disimbah cecair, dipercayai asid, dalam satu insiden awal pagi di Kampung Padang Merchang di sini.— BERNAMA

Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment