Home » » Gagal SPM, Pelajar Maut Minum Racun

Gagal SPM, Pelajar Maut Minum Racun

racun

ALOR GAJAH: Akibat kecewa dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh, seorang remaja nekad meminum racun di Durian Tunggal, di sini, pagi kelmarin.

Remaja berkenaan, E Premkumar, 18, mati ketika menerima rawatan di Hospital Melaka kira-kira jam 11.45 pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, remaja itu ditemui lemah oleh rakan sekolahnya di pekan berkenaan lalu dikejarkan ke hospital.

Bapa mangsa, K Eswaran, 45, berkata, dia menghantar anaknya ke sekolah di Durian Tunggal jam 10.30 pagi untuk mengambil keputusan SPM.

“Premkumar meminta saya pulang dulu dan memberikan RM20 kepadanya untuk belanja kerana memberitahu ingin keluar minum bersama rakannya.

“Saya difahamkan, ketika di pekan Durian Tunggal, anak saya mengasingkan diri daripada rakannya sebelum ditemui tidak bermaya,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka, di sini, semalam.Menurutnya, dia difahamkan, anaknya itu mengalami tekanan emosi selepas gagal dalam SPM.

Bagaimanapun, katanya dia tidak pula memarahinya atau memberi amaran kepadanya sekiranya dia gagal dalam peperiksaan kerana sudah bekerja di kilang di Singapura sejak empat bulan lalu.

“Premkumar baru pulang dari Singapura sehari sebelum kejadian untuk mengambil keputusan SPM dan merancang pulang semula ke negara itu pada hari ini (semalam) bagi menyambung semula kerjanya.

“Saya tidak menyangka Premkumar sanggup bertindak sedemikian gara-gara kecewa keputusan SPM diperoleh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan kejadian.-hmetro



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment