Hamka, salah seorang murid Sekolah Dasar Negeri VII Letta, Bantaeng, Sulawesi Selatan, menjadi mangsa kekerasan oleh gurunya di sekolah. Dari pantauan CCTV, Selasa (29/3), murid kelas satu SD itu terus merasa kesakitan dan tidak boleh makan seperti biasa lantaran lidahnya terus mengeluarkan darah setelah digunting oleh gurunya.
Hamka mengaku lidahnya digunting oleh guru bernama Endang Sri kerana dituduh telah mengeluarkan kata-kata kotor. Hamka berdalih bukan dirinya yang mengeluarkan kata-kata tersebut, melainkan kawannya yang mengejeknya. Bukan itu sahaja, Hamka juga bercerita bukan kali ini saja dia dianiaya gurunya bahkan mengaku kerap dipukul gurunya hingga lebam dan berdarah.
Tidak dapat menerima perlakuan guru tersebut, keluarga mangsa melakukan protes ke atas pihak sekolah. Namun ianya tidak memberikan apa-apa kesan.
Keluarga Hamka berniat segera melaporkan kekerasan tersebut kepada pihak polis Resor Bantaeng atas perlakuan guru yang melampaui batas itu.
Akibat perlakuan guru itu, kini Hamka tidak mahu lagi bersekolah kerana trauma.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment