Home » , » Jaringan Rooney Selamatkan MU

Jaringan Rooney Selamatkan MU

JARINGAN tunggal Wayne Rooney pada minit ke-41 membawa Manchester United kembali memintas Manchester City untuk berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan tiga mata selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Fulham di Old Trafford, awal pagi tadi.


Namun pengurus United, Alex Ferguson mengakui bahawa pasukannya itu bernasib baik kerana Fulham sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti pada penghujung perlawanan selepas pemainnya, Michael Carrick menjatuhkan pemain gantian Fulham, Danny Murphy.

“Ya memang Carrick memijak tumit belakang pemain lawan (Murphy) dan permintaan penalti oleh pasukan lawan memang wajar. Tapi pengadil turut berlembut pada babak pertama apabila kami sepatutnya mendapat penalti selepas bola terkena tangan pemain Fulham. Mungkin dia memikirkan hal itu,” kata Ferguson.

Pengurus Fulham, Martin Jol pula berkata: “Kami memang jangka ia penalti tetapi hanya pengadil yang berani saja akan memberikannya apabila berdepan United di Old Trafford. Ini bukan kali pertama dan bukan dialami oleh saya saja.”

Biarpun berjaya mendahului, Ferguson berkata, Fulham telah memberi kesukaran kepada pasukannya terutama serangan balas pada penghujung permainan.

“Kami beraksi baik sepanjang 60 minit pertama dan ia satu kemenangan penting buat kami. Bagi saya, kemenangan 1-0 tetap penting dalam pemburuan kejuaraan,” jelas Ferguson.

Berbaki lapan perlawanan, United kini mengumpul 73 mata manakala City 70 mata. – mynewshub.my



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment