LOS ANGELES — Penyanyi lagenda Whitney Houston merupakan seorang penagih kokain yang kronik dan terdapat dadah dalam sistem badannya pada hari dia lemas di dalam tab mandi di hotel di Hotel Beverly Hilton, bulan lepas.
Perkara berkenaan terkandung dalam laporan bedah siasat yang diumumkan oleh pakar forensik.
Pendedahan itu menamatkan spekulasi mengenai punca sebenar kematian penyanyi tersebut pada 11 Februari lepas, iaitu pada malam menjelang anugerah Grammy Awards.
Menurut ketua koroner, Craig Harvey, keputusan ujian toksilogi yang dijalankan mendapati Houston mengambil marijuana, Xanax, penenang otot Flexeril dan ubat alergik Benadryl.
“Penggunaan ubat berkenaan menyebabkan Houston mengalami serangan jantung,” katanya.
Jumlah kandungan dadah dalam badannya itu tidak didedahkan sebaliknya laporan penuh autopsi akan dikeluarkan dalam masa dua minggu.
Bagaimanapun keluarga dan rakan-rakannya sebelum ini tidak percaya dadah sebagai punca utama kematiannya malah mereka tidak yakin Houston masih lagi mengambil dadah.
Mayat Houston, 48, dikebumikan di tanah perkuburan New Jersey, bersebelahan dengan kubur bapanya pada satu majlis pengkebumian yang turut dihadiri oleh keluarga, rakan dan selebriti termasuk Oprah Winfrey, Tyler Perry, Alicia Keys, Mariah Carey, Mary J. Blige, Jennifer Hudson dan Roberta Flack.
Sebelum menemui ajal, Houston cuba kembali semula ke pentas hiburan malah dia sempat menyiapkan lakonannya dalam filem `sparkle’ di mana dalam filem itu dia menyanyikan lagu “His Eye is on the Sparrow.”
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment