Home » » Pelarasan Gaji Tidak Jejas Kewangan Negara

Pelarasan Gaji Tidak Jejas Kewangan Negara

Ahmad husni hanadzlah

IPOH – Pertambahan perbelanjaan mengurus berikutan pengumuman pelarasan gaji kakitangan awam baru-baru ini tidak akan memberi kesan kepada kewangan negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa memantau tiga aspek iaitu lebihan semasa, pengurusan defisit dan hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), bagi memastikan kewangan negara tidak terjejas.

“Aspek pertama adalah lebihan semasa…lebihan itu adalah baki selepas pendapatan negara ditolak dengan perbelanjaan mengurus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Rambutan di sini, hari ini.

Pada 9 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diumumkan baru-baru ini berikutan pemansuhan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) membabitkan peruntukan tambahan RM6 bilion.

Ahmad Husni berkata, pengurusan defisit dengan betul adalah antara faktor yang boleh memastikan kewangan negara tidak terjejas.

Katanya, defisit negara pada tahun lalu adalah sebanyak lima peratus dan kerajaan mensasarkan ia turun kepada 4.7 peratus tahun ini.

Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu memastikan jumlah hutang negara kurang daripada 55 peratus daripada KDNK.
“Apa yang kita perolehi tahun lalu, perbandingan hutang dan KDNK adalah pada kadar 53.5 peratus,” katanya. – BERNAMA



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment