sekadar hiasan |
Disebalik tubuh yg mereka yg tegap dan sasa,lelaki sebenarnya mempunyai ketakutan mereka yg tersendiri. Biar tak diakui namun inilah hakikatnya mungkin termasuk suami anda sendiri. Nak tau apa dia?
Bila Kerjaya Isteri Lebih Hebat
Sesetengah kaum lelaki atau suami akn merasa rendah diri sekiranya pendapatan isteri lebih dari dirinya kerana dlm perkhawinan soal nafkah selalunya dikendalikan oleh suami begitu juga nafkah anak-anak. Semuanya dibawah tanggungjawab suami. Biar pun mempunyai pekerjaan yg tetap dan baik.
Hilang Pekerjaan
Lelaki selalunya sukar mengalami sesukaran dlm memisahkan diri mereka dari karier ataupun pekerjaannya.Situasi ini menyebabkan mereka tak tau nak buat apa bila tak bekerja. Dan sebab itulah sesetengah lelaki sanggup balik lambat sehingga lewat malam semata-mata utk menghabiskan kerja.
Nafsu Seks Menurun
Lelaki mana yg tak takut kalau nafsu seksnya menurun kan?Jika itu yg terjadi,maka lelaki akn menganggap dunia mereka sudah kiamat. Hidupnya terasa kosong dan apa yg paling ditakutinya ialah bila ditinggalkan pasangannya.
Meminta Maaf Terlebih Dahulu
Setiap manusia memang ada sifat ego dlm diri masig-masing. Namun kaum lelaki memang sejak dari kecil lagi diberi peranan sebagai pelindung, pemimpin,dan pemegang tanggungjawab. Akibat dari peranan itu,timbulah satu masalah dlm menyatakan diri mereka salah. Takut kewibawaannya sebagai ketua keluarga dipertikaikan.
Penolakan
Kebanyakan lelaki merasa wanita bersikap terlalu kritikal pd mereka. Akibatnya mereka akn berfikir byk kali bila sekiranya mereka ada menaruh minat terhadap seorang wanita.
Itulah antara perkara-perkara yg paling ditakuti oleh sang suami. Walau apa pun perkara yg ditakuti oleh sang suami, cuma satu saja cara yg perlu dilakukan oleh anda sendiri ialah berkomunikasi secara elok dan jujur pd pasangan anda. Tak ada apa yg perlu ditakutkan jika isteri anda benar2 seorang yg memahami dan menyayangi anda.
via blogradhio
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment