Home » , » Saya Disingkir – Wanie Mentor

Saya Disingkir – Wanie Mentor

KUALA LUMPUR – Rancangan realiti, Mentor musim ke-6 baru sahaja membuka tirai pada minggu ini di mana ia menampilkan para peserta yang berbakat dalam memperjuangkan bakat suara masing-masing hinggalah memungkinkan mereka mencipta nama dalam industri hiburan negara.

wanie

Rancangan itu banyak menerima perhatian dari para peminat sejak dari musim pertama disiarkan dengan sajian persembahan-persembahan unik dari setiap para peserta bergandingan dengan artis-artis terkenal yang bertindak sebagai mentor mereka.

Namun, di minggu pertama Mentor 6 dipaparkan, satu tindakan yang mengejut terjadi di mana protege kepada penyanyi Ferhad, Wanie telah menarik diri di saat-saat akhir konsert yang dilangsungkan semalam.

Tindakan yang dilakukan oleh Wanie itu dikatakan berpunca dari tahap kesihatan dirinya yang terlalu lemah sewaktu menjalani latihan vokal bersama dengan Ferhad dan dikhabarkan telah jatuh pengsan sebanyak dua kali.

Ekoran dari kejadian itu, Wanie telah dikejarkan ke hospital dan diberi rawatan lanjut serta dinasihatkan doktor untuk berehat berikutan keadaan dirinya yang tidak dapat menerima tekanan yang teruk dan mempunyai tekanan darah yang rendah.

Namun, Wanie tampil memberikan penjelasan tentang isu itu di dalam laman sosial peribadinya, Facebook yang menafikan dia menarik diri dari rancangan itu sebaliknya, dia telah disingkirkan oleh produksi Mentor sendiri.

“Walaupun saya telah disingkirkan sebelum konsert pertama mentor, saya tetap bersabar dan cuba menghadapi semua ini dengan setabah hati. Saya telah cuba sedaya upaya untuk mempertahankan diri saya, tapi rezeki bukan di pihak saya. Apa2 pun, bukan saya pada mulanya yang mahu menarik diri,” tulis Wanie yang dipetik dari blog gosip Beautifulnara.com.

mentor


Selain itu, Wanie turut melahirkan kenyataan rasa tidak puas hatinya di laman portal GUA ekoran penyingkiran dirinya yang tidak langsung diberi peluang kedua untuk beraksi dan membuktikan kebolehan dan kekuatan dirinya.

Malah, Wanie turut menyatakan masalah kesihatan yang terganggu hinggakan dia pengsan bukanlah disebabkan masalah tekanan darah rendah, tetapi, kerana dia mengalami demam ketika latihan vokal diadakan.

“Saya tak puas hati. Bagi saya keputusan ini tidak adil sebab saya tak sempat nak tunjuk bakat saya lagi. Saya akui pengsan dua kali tapi saya dah okay. Saya pengsan bukan sebab tekanan darah rendah tapi kerana saya demam ketika itu. Saya demam kerana masih dalam proses nak menyesuaikan diri dengan cuaca di Semenanjung. Jika mereka dah tahu saya ada penyakit, kenapa mereka masih ambil saya masuk awal-awal dulu,” kata Wanie.

Pun begitu, Wanie tidak menyalahkan mentornya, Ferhad kerana dia tidak lagi boleh meneruskan aksi di pentas Mentor kerana bagi Wanie, Ferhad juga telah berusaha untuk mempertahankan dirinya untuk terus bertanding.

Bagaimanapun, Wanie akur dengan keputusan pihak produksi Mentor dan mengharapkan doa-doa dari para peminat untuk dia terus dapat mengembangkan bakat nyanyian yang diminati sejak kecil.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment