Home » » Toksik Implan Payudara Penyebab Anak Saya Mati!

Toksik Implan Payudara Penyebab Anak Saya Mati!

payudara

Seorang ibu yang sedang berkabung atas kematian anak ketika masih dalam kandungan telah menyalahkan toksik di dalam implan payudaranya.

Suzanne Ellis percaya kematian anak lelakinya, Ivan ketika dalam kandungan telah disebabkan oleh keracunan toksik implan payudaranya yang pecah.

Beliau mendakwa implan di dalam payudaranya mengandungi toksik yang digunakan untuk membuat tilam.

Suzanne juga berkata, doktor tidak dapat mengesan sebab kematian anaknya itu pada mulanya dan menganggap ianya satu tragedi.

Beliau turut menyokong kempen Pembedahan Selamat anjuran The Sun yang mahukan undang-undang mengenai pembedahan ini diperketatkan.

Suzanne, 31 tahun dari Widness, Cheshire, berkata: "Ketika saya mengambil keputusan untuk meletakkan implan ke dalam payudara, saya fikir saya sudah tahu segala risiko yang bakal saya tempuhi. Saya tidak pernah memikirkan kehilangan anak saya merupakan salah satu risikonya."

implan
Slim ... Suzanne sebelum pembedahan 

Beliau menjalani pembedahan pembesaran payudaranya di Manchester pada tahun 2007. Tetapi selepas enam bulan, salah satu payudaranya menjadi bengkak dan beliau mengalami jangkitan di dada, telinga dan kerongkongnya.

Suzanne yang juga memiliki anak perempuan yang berusia 14 tahun kemudiannya mengalami sakit kepala yang kronik sebelum mengandungkan Ivan. Simptom mengandungnya menjadi sangat teruk. Beliau berkata: "Saya pernah mengandung sebelum ini, tetapi simptom kali ini adalah yang paling teruk."

Beliau mengalami kegatalan di seluruh tubuhnya. Suzanne berkata: "Saya berasa seperti ada sesuatu di bawah kulit saya. Ianya terasa amat teruk sekali." Doktor menjadi bingung dengan keadaannya, tetapi keadaan anak yang dikandungnya pada waktu itu masih lagi ok dan Suzanne menamakan ia Ivan. Malangnya pada minggu ke 27, Ivan meninggal di dalam kandungan.

Suzanne berkata: "Saya perlukan jawapan, tetapi tiada siapa pun yang dapat beritahu saya mengapa kandungan saya yang sangat sihat tiba-tiba mati."

Suzanne dan bekas suaminya Adam menolak untuk membuat bedah siasat pada waktu itu.

Ujian menunjukkan kandungan air ketubannya ok dan kematian tersebut terus menjadi misteri kepada doktor.

Setelah setahun kehilangan anaknya itu, Suzanne merasakan ada ketulan pada payudaranya. Doktor mengatakan bahawa implannya sebelah kiri telah pecah dan kandungan toksiknya merebak.

Suzanni, ketika menunggu implannya dibuang berkata: "Patutlah saya berasa sangat sakit. Mungkin inilah yang menyebabkan anak saya mati ketika dalam kandungan. Pembuat implan ini telah meletakkan kesihatan dalam bahaya dan mengakibatkan kematian anak saya. Berapa ramai lagi wanita yang telah tersiksa?" ~ The Sun



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment