KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diperkosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.
Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.
Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.
“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung,” katanya.
Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.
“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung,” katanya.
Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.
Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.
Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan…HMetroOnline
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment