Home » » Utamakan Kepentingan Anak-anak

Utamakan Kepentingan Anak-anak


London – Dia seorang yang bergaya walaupun barangan yang dipakainya hanyalah tiruan, namun imej berkenaan bertentangan dengan keadaan anak-anaknya yang berada dalam keadaan menyedihkan.

Semuanya kerana Laura Palmer hanya mahu berseronok dan kelihatan seperti seorang wanita kaya.

Dia juga sanggup meninggalkan tiga anaknya berusia 3, 4 dan 7 tahun di rumah sendirian.

Ketika dia keluar bersukaria bersama rakan-rakannya, jiran-jiran pernah melihat anak-anaknya berbogel sambil bermain di jalan raya.

Gara-gara perangai tidak senonohnya itu, wanita berusia 26 tahun ini akhirnya ditangkap oleh polis selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada jiran-jirannya yang tidak tahan melihat anak-anaknya itu diperlakukan sedemikian rupa.

Dia didakwa berlaku kejam dan cuai dalam penjagaan anak-anaknya.

Laura yang mengaku salah, sepatutnya dihukum penjara namun Hakim Paul Miller hanya memberikan hukuman 12 bulan tempoh pemantauan ke atasnya bagi memastikan perkara yang sama tidak akan berulang sama sekali.

Hakim turut memberi nasihat kepadanya supaya meletakkan anak-anak sebagai kepentingan utama, kerana apa-apa sahaja boleh berlaku kepada mereka ketika dia keluar rumah.

Mahkamah sebelum itu mendengar bagaimana rumahnya penuh dengan sampah sarap, malah anak-anaknya pernah keluar bermain di luar rumah dalam keadaan badan yang dipenuhi najis.

Laura menetap bersama-sama anaknya selepas berpisah dengan teman lelakinya.

Menurut jirannya, ketika bapa budak-budak itu berada bersama mereka, kehidupan budak-budak itu lebih teratur namun keadaan sebaliknya berlaku selepas dia berpindah dari rumah berkenaan.

“Saya rasa budak-budak itu diabaikan kerana saya tidak pernah melihat dia membasuh dan tidak pernah menghidu bau makan yang dimasak,” katanya.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment