Home » » Khasiat Madu & Adab Minum

Khasiat Madu & Adab Minum


Rasulullah SAW amat suka minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini baik untuk tujuan kesihatan. Antara khasiat-khasiat amalan ini ialah:
  1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
  2. Mencuci perut.
  3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
  4. Menghapuskan sekatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
  5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasulullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Minuman Manis Dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk". Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Dalam suatu doa Rasulullah ada menyebut "Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk".

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ia sekali gus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Ringkasan Adab Minum
  1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  2. Bacalah "Bismillah".
  3. Minum dengan tiga nafas.
  4. Minum dalam keadaan duduk.
  5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
  6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan), bacalah "Alhamdullilah".
  7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
  9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Sumber: Halaqah.Net


Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment