Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka tapisan pertama bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 ( sambilan berelaun ) yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
TARIKH/HARI:
13 Februari 2013
20 Februari 2013
24 Februari 2013
WAKTU TEMUDUGA
Sesi I : Pagi
9:00 Pagi hingga 12:00 Tengahari
Sesi II : Petang
2:00 Petang hingga 5:00 Petang
TEMPAT TEMUDUGA
Makmal ICT,
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat,
Aras 2, Blok 6, Kompleks Kota Darul Naim.
Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a) Warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
c) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
d) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik ( Komputer ) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
e) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PERKARA YANG PERLU DIBAWA SEMASA SESI TEMUDUGA
i) Pemohon hendaklah membawa bersama resume yang lengkap dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
ii) Dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan resume mengikut susunan berikut:-
a. Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b. Salinan Surat Beranak pemohon;
c. Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d. Salinan Diploma berserta transkrip;
e. Pengiktirafan kelayakan Diploma/Sijil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS); dan
f. Lain-lain dokumen sokongan
PERINGATAN
Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh kerajaan.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DI SINI
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment