Home » » [18SX] Gambar Emma Watson Bogel

[18SX] Gambar Emma Watson Bogel


RHODE ISLAND: Sekeping gambar memaparkan imej separuh bogel didakwa Emma Watson kini dilaporkan beredar di kalangan penuntut Universiti Brown yang menjadi tempat aktres itu menyambung pengajian kini. Melalui gambar itu, bintang filem Harry Potter berkenaan dilihat hanya dibaluti tuala dari pinggan ke bawah, manakala bahagian atas tubuhnya terdedah.

Dia dilihat berdiri di sebelah tab mandi. Gambar itu dilaporkan beredar melalui e-mel di kalangan penuntut Universiti Brown yang berprestij itu. Menurut jurucakap Emma - membawa watak Hermione dalam Harry Potter - berang sebaik saja mendapat tahu mengenai gambar berkenaan.

Katanya, ketika ini keutamaan Emma adalah mencari siapa yang bertanggungjawab mula-mula menyebarkan gambar itu supaya ia dapat dihentikan. “Menurut Emma, gambar itu palsu,” katanya.

Jurucakap itu berkata, ada beberapa keping gambar bogel palsu beredar sejak dua bulan lalu dan ia memang dilihat pelakon terbabit. “Emma bosan dengan penyebaran gambar palsu itu dan orang ramai sepatutnya tahu ia bukan asli,” katanya. Sementara itu, Emma ‘mengisytiharkan’ dirinya kini dewasa sepenuhnya apabila menyatakan, kini masa sesuai untuknya ‘lebih nakal’.

Dalam temubual sempena pelancaran filem terakhir Harry Potter tidak lama lagi, Emma menyatakan, dia akan melakukan apa yang sering dilakukan seorang gadis bujang. “Saya mahu melakukan perkara lebih nakal. “Tiga bulan lalu saya memotong rambut dan ketika itu juga saya berasa benar-benar menjadi wanita sejati.

“Kini saya bersedia menghadapi risiko,” katanya. Kata aktres berusia 20 tahun itu, dia pernah bercinta sekali tetapi keadaan ketika itu agak rumit.

Bagaimanapun, Emma enggan mendedahkan identiti bekas kekasihnya itu kerana menganggap ia tidak adil kepada lelaki terbabit. “Cuma, saya tak pernah kecewa,” katanya.

Salah satu gambar yang kononnya tidak benar
Mengenai lelaki pilihannya, Emma berkata, dia suka seseorang yang pintar, mahir berkomunikasi dan kelakar. Kata Emma, dia juga mahu lelaki yang bersedia menerima dirinya seadanya. “Namun, saya tak pernah menerima lamaran sesiapa. “Ketika ini saya gembira hidup sendirian dan mahu menikmatinya sebaik mungkin,” katanya.

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

5 komen: