
Mesti pelik bunyinyer pada korang kan..air kencing pulak tuh. Tapi itu lah kebenarannya, kalau korang nak tau air kencing unta dapat menyembuhkan penyakit.

Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawatindividu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapatpenyakit kanser.
Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.
Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.
Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu, katanya lagi. – SG
Apa yang menarik kat sini | ||
![]() | ||
![]() | ||
![]() |

0 komen:
Post a Comment