Home » , , » Blogger ~ Teknik SEO yang Berkesan

Blogger ~ Teknik SEO yang Berkesan


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari nih aku ade share skit pasal tips-tips seo. SEO Bermaksud Search Engine Optimization. Emm munking bagi korang tak penting kut, tapi kepada Blogger-Blogger tegar semestinya amat memerlukan teknik-tekinik meningkatkan trafik blog diorang. Haa.. Kali nih jika korang seorang blogger, Korang memang terjumpa tempat yang betul untuk mengetahui kaedah-kaedah SEO yang betul dan berkesan. Ok aku akan cerita kat bawah nih. Sila Klik read more sebab post nih agak panjang.


KEYWORD
Keyword atau kata kunci merupakan nadi dalam SEO, keyword tergolong dalam beberapa kategori seperti meta content dan meta description. Penggunaan keyword yang paling penting adalah pada tajuk artikel anda. Kerana ianya akan menjadi keyword utama pada kandungan artikel anda. Oleh yang demikian, anda perlulah memikirkan tajuk yang sesuai dengan artikel anda dan pastikan ianya berkaitan dengan artikel anda. Jangan sesekali menggunakan tajuk yang berlainan dengan artikel anda, sebagai contoh menggunakan tajuk berbahasa inggeris tetapi artikel berbahasa melayu.
Dalam masa yang sama juga anda perlu mencari perkataan yang sering dicari oleh pengguna internet. Contohnya artikel anda berkenaan dengan meningkatkan trafik blog, antara tajuk yang sesuai adalah “Cara-cara meningkatkan trafik blog” atau “Tips meningkatkan trafik blog.” Penggunaan perkataan “cara-cara” atau “tips” adalah lebih baik bebanding “kaedah” yang jarang digunakan pada enjin carian. Anda juga perlu mengetahui bahawa tajuk merupakan elemen utama semasa proses mengindeks oleh agen carian.
LINK dan IMEJ
Jika anda seorang yang mahir mengenai bahasa HTML, anda tentunya sudah mengetahui di dalam tatatanda a href dan juga img boleh ditambah dengan attribute lain seperti title dan alt. Attribute title dan alt ini mampu membantu anda dalam meningkatkan trafik daripada enjin carian.

READ MORE
Kebanyakkan blog atau laman web gemar menggunakan pautan seperti “Read More” atau “Click Here”, dalam SEO ianya adalah sesuatu yang baik bagi meningkatkan jumlah pageview. Oleh yang demikian, anda disarankan untuk menggunakannya. Ianya menjadi kerugian jika anda terus memaparkan artikel penuh di muka hadapan laman anda.
FORUM
Jika anda seorang yang suka berforum, pastikan di bahagian signature anda masukkan mengenai laman web atau blog anda berserta pautan ke laman anda. Ini merupakan salah satu teknik untuk mendapatkan backlinks ke laman anda. Bayangkan anda berkomen atau membalas beberapa thread yang berada di dalam laman forum yang anda sertai, setiap kali itu juga signature anda dipaparkan. Di situ sahaja anda boleh mendapat beberapa backlinks ke laman anda. Tetapi harus diingatkan, jangan sesekali menjadi seorang spammer. Ianya akan menjadi lebih efisen jika laman forum yang adalah sebuah forum yang memberikan “dofollow” kepada setiap pautan.
KOMUNITI
Dalam SEO, perkara yang paling penting adalah kesabaran. Di mana ianya memerlukan masa untuk mengindeks setiap artikel anda, anda tidak boleh mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku. Cuba sertai mana-mana komuniti yang mempunyai ramai ahli seperti di Facebook dan Twitter. Selain itu juga, anda digalakkan menyertai segmen seperti “5 Blog Paling Kerap Dilawati” yang dianjurkan oleh Denaihati. Cuba dapatkan pertukaran pautan, ini dapat meningkatkan trafik dan backlinks ke laman anda.
SITEMAP
Perkara yang paling penting dalam pembinaan sesebuah laman, pastikan laman web atau blog anda mempunyai sitemap yang dibina dalam format seperti xml. Contohnya anda boleh melihat sitemap blog saya di http://blog.mohdisa.com/sitemap.xml. Sitemap ini adalah penting bagi memudahkan agen carian mengindeks laman anda. Sitemap yang baik dan teratur mampu menarik minat agen carian melawat dan mengindeks laman anda dengan lebih kerap lagi.
URL atau PERMALINK
Penggunaan url atau permalink yang teratur adalah baik untuk proses mengindeks, elakkan penggunaan underscore (_) pada url atau permalink. Gunakan tanda hyphen atau lebih dikenali sebagai tanda dash (-). Ada juga yang berpendapat penggunaan tanda hyphen yang melebihi daripada 3 kali boleh dianggap spam link oleh agen carian.
FRAME, IFRAME dan AJAX
Sebaik-baiknya elakkan penggunaan iframe, frame atau AJAX di dalam laman anda yang bertujuan untuk penukaran isi kandungan. Ini kerana agen carian akan menganggap anda cuba menipu dan seterusnya laman anda boleh disenarai hitam (black list) yang boleh mengakibatkan laman anda tidak dikunjungi oleh agen carian.
SEARCH ENGINE TOOLS
Anda disarankan menggunakan beberapa utiliti atau alat enjin carian (search engine tools) yang telah disediakan seperti Webmaster Tools oleh Google dan Site Explorer oleh Yahoo! Dengan search engine tools ini dapat membantu anda dalam memahami lebih lanjut lagi mengenai bagaimana enjin carian berfungsi. Selain itu juga ia dapat membantu anda dalam mengetahui tahap perkembangan laman anda.
TAG CLOUD
Tag cloud ini merupakan teknik terbaru dalam Web 2.0, teknik ini telah diasaskan pada tahun 2004. Penggunaan tag cloud ini dapat mempercepatkan agen carian mengindeks pada laman anda. Tetapi harus diingatkan jangan sesekali menggunakan tag cloud ini pada setiap halaman anda, ini akan dianggap penipuan oleh agen carian. Tidak memaparkannya pun tidak menjadi masalah, janji anda sudah masukkan di dalam meta keyword.
P/S: kalau korang nk share kat mane-mane, amatlah di alu-alukan.


Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

2 komen: