Home » , , » Suami Dibunuh Kerana Minta Seks Pelik

Suami Dibunuh Kerana Minta Seks Pelik


Seorang perempuan yang kini bercucu membunuh suaminya kerana sering meminta adegan seks aneh selama bertahun-tahun. Perempuan bernama Eileen Mary Creamer (53) dari Victoria, Australia, menjadi perempuan pertama di Victoria yang dinyatakan bersalah membunuh kerana membela diri.

Suaminya bernama David ditikam dengan tongkat panjang Afrika Selatan di bahagian perut ketika mereka bergaduh di rumah mereka pada Februari 2008.

Dalam sidang itu, dia mengaku suaminya sering meminta adegan seks aneh seperti melihatnya berhubungan seks dengan lelaki lain di depannya dan sering memukulnya. Khamis (21/4/2011), juri menyatakan Creamer tidak bersalah atas pembunuhan namun bersalah kerana membunuh untuk membela diri.

Hakim Paul Coghlan menyatakan jika pasangan itu memiliki masalah dalam hubungan pernikahan mereka. Ia menambahkan, David Creamer tewas setelah pukulan bertubi-tubi yang menunjukkan Eileen keluar dari kawalan diri. Atas kejadian itu, Eileen dihukum penjara selama 11 tahun.

Tidak hanya itu, hakim juga meminta agar Eileen dipenjara selama tujuh tahun sebelum akhirnya mendapatkan izin pengampunan. Eileen sudah dipenjara selama dua tahun selama menjalani masa persidangan.


Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment